Friday, April 27, 2007

Kesetiaan kepada Raja dan Negara…

Daulat Tuanku! 3x (sempena pertabalan DYMM Yang di-Pertuan Agong ke-13)

Update: Laporan terkini majalah MIDI - seorang penyanyi veteran kata, "Peminat jangan salah faham apabila melihat rambut saya di tv - rambut palsu tu.." Oh, gitu ghopenya...sifu-orang lama ngajor..

Sejuk rasa perut ibu yang mengandung. Damai pandangan mata rakyat jelata. Sesuai sangat dengan peranan Raja Permaisuri sebagai pendamping setia Ketua Agama. Kalau sebelum ini timbul curiga di hati, bagaimana seorang lelaki mampu memimpin bahtera negara sedangkan isteri sendiri masih terkapai-kapai tanpa bimbingan. Sekarang ini terdetik pula, adakah cuma permaisuri berdarah rakyat (tabik kepada Siti Aisyah) yang patut berlitup kepala? Adakah keturunan darah di raja terkecuali (alhamdulillah – Tengku Puan Pahang) daripada hukum Ilahi? Atau cukupkah dengan menutupi putih uban rambut dengan yang palsu (femes di kalangan jemaah menteri dan isteri)? Terkini, graduan AF berlakon teater pun berambut palsu. Er, katanya demi mempertahankan pegangan agama.

Lazimnya potret Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri serta pemimpin negara dipaparkan di ruang-ruang utama pejabat kerajaan, hospital dan sekolah. Tidak salah rasanya sekadar mengingatkan rakyat untuk setia pada pemerintah. Bagaimana pula kalau rumah yang dihiasi potret-potret peribadi? Foto-foto perkahwinan, keluarga dan graduasi (pengalaman sendiri) dipertontonkan di ruang tetamu. Bukankah letaknya di sudut peribadi? Tak takutkah malaikat tidak masuk merahmati? Perlu ada bezanya antara ruang bekerja dan rumah tempat kita berehat dan beribadat.

P/s: Rasanya saya bukanlah seorang yang taksub pada mana-mana aliran atau fahaman – tak alim pun, tak mahu juga dikatakan jumud. Cuma sekadar berkongsi cetusan pandangan. Islam bukan sekadar tudung di kepala tapi jika ditanya jawablah Lillahi Ta’ala. Iman ada pasang surutnya, perlu berazam untuk menyahut seruan agama dan sentiasa meningkatkan keimanan. Nau’zubillah kalau ditakdirkan suatu hari nanti saya berubah ke arah yang lebih buruk.
___
Sejajar dengan peningkatan usia dan keinginan memperbaiki penguasaan bahasa, selalulah mendengar Klasik.fm – ada segmen ‘Sebut dengan betul’. Contohnya: jur-nal NOT journal!
___

Petang tersebut (Isnin, 23 April), hujan sedang turun dengan lebatnya. Langit kelihatan gelap seperti malam. Hanya saya dan beberapa orang teman sahaja yang berada di pejabat. Dengan suasana dingin daripada penyejuk udara, saya mula terfikir, “Alangkah seronoknya kalau dapat makan goreng pisang panas waktu begini..” tetapi merasa malas untuk melangkah ke kafeteria yang jaraknya cuma sepelaungan.

Tiba-tiba, pintu utama pejabat diketuk dan bergegar, tok!tok!tok! Saya dan rakan sebilik berpandangan, seraya berkata, “Ini mesti kes terlupa bawa kad…” (Keluar masuk pejabat kami dikawalselia melalui kad yang perlu dicucuhkan pada (swipe card) alat di sisi pintu). Maka, rakan saya pun bergegaslah untuk membuka pintu.

Oh, inilah yang dikatakan pucuk dicita ulam mendatang. Pastinya senario ini tidak berlaku di mana-mana pejabat lain seantero dunia melainkan di Malaysia sahaja. Walau pejabat kami di tingkat lima dan terletak dihujung koridor, masih datang seorang budak lelaki (kasihan- sekali pandang macam orang susah, dua kali pandang macam penagih dadah –kata teman sayalah!) membawa jualan kuih-muih siap-beku (ready-made) seperti karipap, pau bermacam-macam inti, popia, donut, malah roti canaipun ada (cuma tiada kuah kari sahaja)!
(Terkenang sitcom Restoren Santan Berlada. Kalaulah saya boleh turunkan bakul pesanan ke restoren di bawah rumah –hidup ini jadi terlalu mudah!)
Langkah seterusnya (setelah membeli sebungkus pau berintikan kacang) adalah memanaskan tiga ketul pau menggunakan ketuhar gelombang-mikro. Perlu diingatkan di sini bahawa saya amat jarang memasak, tambahan pula tiada langsung kelengkapan memasak di rumah sewa. Tahap kecekapan cuma boleh dinilai (PTK bagi kakitangan kerajaan) melalui penggunaan periuk nasi dan cerek elektrik untuk memanas semula dan masak air. Maka, sayapun bereksperimen dengan memanaskan pau tersebut selama 2 minit pada suhu tinggi. Setelah tamat tempoh, saya dapati pau masih kelihatan tidak masak lalu menambah selama 2 minit lagi. Apa yang terjadi adalah kedengaran suatu letupan kecil serta disusuli oleh bau yang amat tidak enak! Nasib baik penggera keselamatan tak berbunyi.

Jadilah pau tersebut kuih baling dinding pun tak pecah dan terus masuk ke tong sampah!

P/s: :Lima hari nak mengarang ni...

6 comments:

simah said...

rad..unless u have a proper kitchen... tapau ja laaaaaaaaa...the good thing about being single... tarakorang nak bebel :0)

apa u letupkan pau hahahah menarik tu!!

Laila said...

Ada benarnya pandangan awak terhadap Yang Dipertuan Agong dan Permaisuri Agong. Rasanya Lambang ketua negara kita nampak lebih gagah dan muda. Walaupun PAK LAH dikatakan lemah, kira ok nampak Agong kita muda dan bertenaga.

rad said...

simah,
Tapau mmg best tapi muka agak teballah klu asyik ke kedai yang sama.
Bila malas kuar- senang aje..
Tenah kata perhaps I'm undernourish (tu pasai kapla jadi miong) tapi berat naik camna?

laila,
Ahoy & Welkam aboard mate! Lain je bunyinya bila ckp psl gagah & lemah ni..heheheh. Anyway, raja yg 'adil raja disembah!

D said...

eh, tak payah la sembah raja kot...! Still, never thought I'd miss the miserable formality of protocols showed in the media. Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! (err, not too late, eh??)

Darling said...

patut rasa macam pelik baca n3 ni.. rad menulis dalam bahasa melayu rupanya.. syabas syabas..

kalau guna microwave mmmg akan nampak mcm tak masak.

1st time guna microwave, i telah meletupkan sebiji telur. kununnya nak buat telur separuh masak cara senang. so letak mangkuk dengan air berserta telur dalam microwave then set time, on. resultnya, telur tu meletup. dah 1 keje nak kena bersihkan microwave lak. ampes.com toi..

rad said...

d,
Tak la sembah mcm dlm sembahyang kita - lebih kepada 'raja yang adil raja disembah, raja yang zalim raja disanggah' - istilah je. I did sit in through the coronation ceremony - our King looked quite stiff & strained - too much protocol. But I like him already since the news report that he wants all function involving Istana Negara to end by 1030pm so that staff could return to their respective family asap. That is the making of a brilliant king kan? Aye to the King!

darling,
Kita manyak serupalah. I learn the hard way - apa2 yg letak dlm microwave kena buka tutup @ tutup jgn rapat @ buat lubang (buat lubang utk telor) klu tak jenuh lah nak bersihkan bila dah meletup. Did you get the email abt the danger of heating water using mwave? You take it out and pour in the coffee whatever and it goes kabooommmm!???