Monday, August 13, 2007

Serupa tapi tak sama…

Pengalaman Duduk Asrama (updated)
Dulu, ramai di antara kita yang ‘bertuah’ dapat masuk asrama ( bukan asmara ye) penuh (atau separa penuh, tengok ‘bintang’ jugak – ada yang lima bintang macam MCKK dan TKC, ada yang kurang bintang– bukan untuk jadi binatang ok, ada banyak yang co-ed). Ada yang dapat masuk asrama di peringkat umur 13 tahun, ada yang 16 tahun.

Pastinya terkenang-kenang imbauan ngeri di minggu orientasi – siapa yang tak rasa memang tak tau pedihnya di’wawancara’. Setakat tiup mentol lampu sampai padam – Alah, sudah jadi cerita basi…. Setakat menyanyi lagu-lagu Man Bai, Fantasia Bulan Madu oleh Search atau Ayam Den Lopeh (zaman saya dan di negeri saya, kami sekeluarga tak diajar menyanyi2) – apalah sangat…Dah tau saya tak boleh sebut huruf ‘s’ dengan jelas, inilah ayat yang perlu diulang-ulang, “Saya suka makan sambal sotong ” – banyak kali dan laju-laju pula. Kena kerah gosok dan basuh baju senior atau ke kantin untuk belikan mereka makanan juga perkara biasa. Sebaknya dada apabila terkenangkan keluarga....

Yang penting, hujung bulan pasti dapat balik ke rumah sendiri– nak bermanja dengan mak ayah, berjumpa dan bergaduh adik-beradik, peluk kucing-kucing, makan best2 dan sebut apa sahaja pasti mak sediakan, dan siap tapow untuk bawa balik asrama. Baju kalau malas basuh pun, ada perkhidmatan dobi – kalau malas bersusah-susah, bawa balik ke rumah aje (kakak yang cuci atau cuci sendiri).

Tiap-tiap selang dua minggu boleh outing, i.e. keluar ke pekan pada hari Sabtu. Bolehlah meronda-ronda pasar malam KP, membeli stok makanan (makanan yang disediakan di dewan manalah nak sama dengan masakan mak –gulai nasi kawah lah katakan, lagipun badan tengah naik –mana cukup makan yang disediakan, kena ada tambahan stok milo, segala macam biskut kering, mi kering, dan lain-lain).

Hari Ahad adalah hari yang ditunggu-tunggu – panggilan melalui hebahan awam (PA system) – menandakan kedatangan insan yang tersayang! Kalau abang-abang yang datang, mesti ada nasi dan lauk, buah epal ke, oren ke, pastu biskut dan coklat ….kalau ada kenduri di rumah pasti mak bekalkan lauk-pauk siap untuk dimakan oleh 10-12 orang kawan-kawan. Paling teruk pun kalau ayah yang singgah seorang dalam perjalanan ke mana-mana pasti ada bekal maruku putih (my fave), cekodok atau roti canai (dengan gula) yang tak habis dari pagi dan paling kurang RM10 kiriman mak (besar amat nilainya – saya pun bukannya dari pada keluarga yang senang) sebelum balik!

Tapi bayangkan anak-anak di DIO – seawal 7 tahun sudah masuk ‘asrama penuh’. Pastinya tiada peluang balik rumah sendiri setiap hujung bulan. Pastinya tiada kunjungan mingguan daripada insan tersayang. Pastinya tak selalu dapat makan masakan mak (mereka sama ada yang kehilangan ayah atau kehilangan kedua-duanya). Pastinya tiada outings ke pekan dengan duit belanja yang dikirim keluarga atau biasiswa kecil persekutuan sebanyak RM20 sebulan (BKP II seingatnya - mereka daripada keluarga susah). Pastinya mereka terpaksa basuh baju sendiri (ketika program berjalan dan hujan turun –mereka, si abang-abang, bergegas untuk mengangkat kain jemuran). Pastinya mereka juga bertuah kerana mendapat didikan dan perhatian daripada penjaga/pengelola di DIO. Tetapi, siapa yang membela dan mengambil-tahu kalau-kalau si abang mem’buli’ si kecil? Siapa pula yang menjadi contoh teladan serta membentuk sahsiah kekeluargaan sesama mereka? Bagaimana yang dikatakan peranan ayah, ibu, abang dan kakak serta adik?

Yang lebih pasti, kita semua terlebih bertuah. Mereka diuji oleh Tuhan dengan ketiadaan insan yang tersayang dan kesusahan hidup. Sedangkan kita diuji Tuhan dengan kesenangan yang melimpah-ruah sampai ada yang terabai!
____
Boys will be boys…and their survival instinct!

The first game was a funnier version of the musical chair. The boys (range from 7-17 yo, must be ketiadaan ayah and/or mak serta datang dari keluarga yang susah) were asked to blow up their own balloon and then tied it up to their ankles. Pop here! Pop there! We’d balloons bursting everywhere. The clever ones blew it so small relative to the over eager younger ones. Tak aci lah!!

And when the music started, the stomping began. What a havoc! They were having so much fun and gleefully running and stomping around.

That wasn’t what I’m writing about. When the music stopped (for the first round -out of many- after which those without balloons were considered outta the game), the balloon of one of the younger boys popped behind me!! I’m not sure was it because of the chair near him or his friend nearby. But he went to the back room and cried quietly. Efforts to pujuk2 him (there’s more games coming up) went nowhere…one of the volunteers from KUIM (previous IPTA’s name, they’d been volunteering as part of their coursework) told me, “Memang dia gini kak….”

I wonder whether he’s relatively new there, whatever it is, it must be hard when you cry and no mak or ayah to pujuk2 or even to say things like boys don’t cry (for me -crying is allowed for everyone, young or old, male or female!) My heart goes to him...

More…coming up next! (provided I’m not busy with things)

3 comments:

dlt said...

alamak! jelesnya. hopefully there will be next time. bila tengok budak2 cam gitu nangis, kite pun rasa cam nak nangis sama. then mula la terimagine macam2. kalau lah anak aku dok kat situ, kalaulah aku yg kat tempat diorang, kalaulah..... mcm2 lagi la.
tengok gambar tang tugu negara tu, teringat iklan merdeka tv3. hehe!

Unknown said...

:) Rad....i was told abt the boy yg nangis tu oleh k LiL dlm kereta masa pulang....huhuhuhu....kesian dia!

idham

rad said...

dlt,
Setakat pengetahuan saya, cuma ada satu kes je - adik yang menangis tu - kira isolated case lah. Yang lain, alhamdulillah happy2 belaka. Klulah dlt boleh nonton video aksi mereka main games - best bangat!
Tapi saya takut sikitlah kat penjaga2 depa - pakai kopiah (so what?), duduk tepi gelanggang and nampak serius aje.
I guess, they've to appear like that - else, how to deal with all 37 boys eh?
I asked k.LiL - Tugu tu Abe Id's idea. Canggih eh?

Abe Id,
Have I told you and your family (and friends) my many thank yous? It was my first time in an orphanage (hopefully not the last) - kat kampung, ada juga kawan2 yang yatim tapi depa masih tinggal dgn family, masih ada ayah atau ibu, abang2 dan kakak2. Masih lagi dgn kehidupan relatif normal.