Wednesday, October 10, 2007

12 dalil kenapa perlu beraya jauh di rantau...

Kepada Che’ Yah, Alien, Lin, suami Shida dan Pae di Ulu Kelang, Aezack di Jinjang, Simah di Trolak dan Lollies & Abe Id di Dinding-Perak – masing-masing sekeluarga, tidak dilupakan UL di Kandang-Melaka dan JT di Tampin-Alor Star (pastinya terbayang suasana muhibbah kita kan?) - untuk anda semua yang menyambut Syawal di rantauan, bersyukurlah kerana:

1. tidak perlu menempuh sesak perjalanan balik kampung –million cars on the road plus lower speed limit equal…?
2. tidak perlu melanggar pantang makanan berlemak seperti rendang, lemang, ketupat kuah kacang, masak lodeh, almond London, Tart Merryboat, Choc Moist cake etc. Percayalah saya tak suka makan semua tu tapi saya akan paksakan makan demi kalian.
3. tidak perlu lap tingkap kaca/kayu, tukar langsir, sarung kusyen, sapu sawang (setahun sekali je), kemas luar dan dalam rumah etc. –dua hari pun tak cukup ni!
4. tidak perlu menyediakan duit raya – seikhlas pemberian & seadanya, kesian la pada anak-anak yang mengharap
5. tidak perlu dikerah menziarahi sanak-saudara yang terlalu ramai – disulami dengan pertanyaan-pertanyaan yang menusuk kalbu seperti bila lagi nak makan nasi minyak atau bila lagi nak menimang anak/cucu (satu, dua, tiga..) atau bila lagi nak abis belaja/tulis tesis daa…(eh, kata tahun lepas?)
6. tidak perlu menitiskan air mata sewaktu bermaafan di pagi Syawal – tangkap leleh for sure…tatau kenapa…
7. tidak perlu menziarahi kubur – cukur sekadar mendoakan dari kejauhan. Kenderaan bumper to bumper di perkuburan. Mana ada polis trafik di kampung.

8. tidak perlu mendengar dentuman meriam buluh saat mata nak terlelap kepenatan di tengah malam setelah seharian di dapur (anak jiran kerja navy oi – mana boleh kalah!) Kaboooommmm!!
9. tidak perlu menonton filem2 Pak Usop, C.I.N.T.A tiga penjuru, kawin-cerai dan lain-lain yang sewaktu dengannya.
10. tidak perlu tersadai di depan tv tunggu CT kuar nyanyi lagu Nazam Lebaran (what’s nazam?) – pastu Anuar Zain’s kain pelikat – pergh! Amy Search rock! Siapa itu Mawi?
11. tidak perlu berhabis-habisan membeli kuih raya 5,6 balang, baju raya 7,8 pasang, bunga api tak kurang 3,4 kotak, perabot kena tukar serba-hutang (zero downpayment), dinding dicat baru..
12. tidak perlu menitiskan air mata setiap kali menonton iklan raya Petronas, tv9, …etc.

Kepada semua (walau tak sebut nama) - Sambutlah Syawal dengan kegembiraan dan kesederhanaan walau di mana kita berada, dengan takbir & tahmid, saling berziarah & bermaafan (usah dilupa pada mereka yang tiada atau jauh di mata, yang dalam derita & sengsara). Maaf zahir batin & Eid Mubarak dari saya!

D – my special prayer goes for your family, semoga Mr.D diberikan Allah superpower untuk menghadapi segala – InsyaAllah.
Tak lupa - Atenah, Darling, dlt, Tuan Gab, Ku Keng, Moon (exam after raya aa..), gaji/bonus masuk awal – jangan lupa, lambat lagi nak tunggu gaji November!

P/s: Jgn lupa solat sunat Eidul Fitr! Sebelum tu bayar zakat fitrah.

7 comments:

Unknown said...

rad...hehehehe...tersenyum saya di pagi ramadan yg hening ini...membaca warkah dari adinda rad...dengan gambar2 lomang, gulai kawah, dan anak2 berpesta bunga api begitu meriah...kanda dapati ada unsur2 untuk membuat hati kanda tercuit2 untuk pulang ke kampung...heehehehe...
terimakasih kerana mengingatkan ciri2 raya yg sungguh unik dari the land of malaysia truly asia...

namun kanda akan berhari raya di rantau...dalam keadaan sugul dan pilu...merindui filem2 pak usop aslam....merindui kesesakan di jalan raya....

kanda semstinya akan teringatkan dinda yang jauh di sana - berselendang sutera....berbaju kebaya....membuat teh herba untuk sanak saudara....menjamu selera bersama keluarga....tapi, adakah dinda ingatkan kanda? heheehe

salam eidil fitri dari kanda dan keluarga di sini...jika sudi...jemput2 anak2 teruna kanda yag ada di malaysia untuk berkunjung ke rumah dinda makan lemang dan rendang yang pasti sungguh berselera...mereka juga wakil dari bapa....

saya sudahi dengan ' kebun nenas - berbuah nangka.....ampun maaf saya pinta!".

abg arif @ idham

dlt said...

rad, amboi! amboi! setakat lik melaka, apalah sangat jemnya kalu nak banding ngan lik kelate. 12-14 hours tu. bak kata hubby, kalu dengar orang2 dok bercakap pasal plan nak balik raya ni, mesti orang kelate. nak balik mesti plan bagai. kalu lik utara ker selatan, bertolak lah pukul2 berapa pun, tak kisah. hehe!
kelantan takde lomang and ketupat 4 segi tu. yang ada ketupat tiga segi and tapai. sedap tu....
Selamat hari raya! jangan main mercun sampai tak hingat donia yer!

A.Z. Haida said...

rad,

terima kasih atas ucapan raya yang unik, mengalahkan keluar di utusan atau berita harian...

dah pesan baju raya kat adik ipar di malaysia, dan selamat diterima... tup-tup minggu lepas baru sedar tak pesan butang baju melayu untuk pak ustaz... heheheh, ada harapan pak ustaz beraya dengan baju raya tanpa butang...

kat sini pak ustaz jadi amil, tukang terima zakat kat masjid ni, tapi kami sekeluarga bayar zakat fitrah di malaysia. tak kisahla, janji bayar kan?

kami kat sini pun makan ketupat, kuih tart, biskut aneka warna dengan rasa hampir serupa dan kek pelbagai nama dengan rasa yang hampir sama - jadi nak kata pantang makan berlemak tu mungkin pantang tengok jelah kot...

yang konfem - kat sini memang tak teruk nak kemas rumah sebab rumah sekangkang kera je. dan konfem tak lalui traffic jam sebab nak beraya di embassy pun pergi naik tren je...

selamat menyambut kemenangan mujahadah sebulan ramadhan di pagi syawal. maaf atas salah silap dan semoga kita sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah sentiasa...

Darling said...

rad,

moga raya kali ini akan lebih meriah dan gembira dari yang sebelumnya. jangan overdose makan lemang & rendang.

maaf di atas segala kata2 yang tak sepatutnya dari i. me doakan agar u akan sentiasa dilindungiNYA.

i blk kg serupa mcm x balik je. dkt sangat hehe.

salam :)

J.T. said...

Hey Rad

You captured the celebrations so well that I wish I was home during Syawal season (although I don't celebrate it). :)

Here's wishing you and your family a blessed and joyous Hari Raya.

D said...

sorry, have not been blog hopping... once in a while I do small hops here and there. Thanks for your du'as. Allah knows the best for us. If I'm not too late, Eid Mubarak!

rad said...

Dear all,
Dah 27 Syawal baru teringat nak reply to all of your comments. Thank you for enjoying my take on raya above.

Kekanda idham,
Adinda takde wlu sepicing niat pun untuk mencuit2 hati kekanda yang jauh dirantauan. Hehehe.

dlt,
Sorilah, sure sakit jiwa je baca we all yg jarak setakat sepelaungan ni kecoh2 pasal busy traffic kan? Mengada2 je lebihnya....but imagine what's gonna happen next year? Uwahhhhhhh!! Ada yg lebih teruk berkeluh kesah nanti...

AZ,
I read your raya entries -wow! lagi dahsyat & happening! Sib baik ur ustaz tu dpt juga beraya dgn baju berbutang. Salah siapa? Bibi jugak kan!
This remind me of my eldest bro's experience. Dlm dok kecoh2 nak balik kampung for raya (long ago), dia ber-ia2 pesan anak2 (5 boys) utk kemas beg msg2 - ie self responsible la kiranya. Tup2 pagi raya apa terjadi? Member tu terlupa nak grab baju raya sendiri dlm almari ho! Hahahahah...bukan setakat tak berbutang, pakai baju pinjam lagi!

darling,
Lor, orang lagi dekat? Sure dlt jeles dan kita kan? Sat2 je dah sampai rumah or kampung...tapi bila jauh perjalanan lagi luas pengalaman jugak. Your raya pun nampaknya not too bad - hebat lagi!!

jt,
Yeah, sure you were thinking of the sate, ketupat, rendang, etc right? Heheheheh...and the songs! AND THE MOOD! Just wait for Xmas!

d,
I understand - try hard to put myself in your shoes. You're one heck of a woman - if you don't mind me saying so. Be strong sis! Now more than ever!