Monday, May 19, 2008

Ini bukan MLM.

Assalamualaikum...,
Bahawasanya saya, pemegang mohor besar Keluarga Adam, hehehe...anak Induk L**** @Bukit R***n yo (nak sobut namo pun bukan eh kona yo tak?) lah, dengan berbesar hatinya menjemput kakak2 dan abang2 sekalian untuk turut sama menjalinkan kembali hubungan silaturrahim, memperdekatkan persaudaraan yang jauh, dan membina salsilah keturunan demi kesinambungan generasi masa depan - fuh!! Panjang ayat tu...

Ini bukannya multi-level marketing so memang tak dapek lah ganjaran wang atau faedah2 lain. Cara keahliannya mudah je dgn follow link drp email received from www.geni.com (bukan yg ni tp rujuk Inbox-email masing2) - saya dah mulakan family tree & masukkan email kerabat2 yang diketahui. Makanya, silalah perpanjangkan dgn meng'create' upline (masukkan details makayah, datuknenek, moyang dsb.), downline (masukkan anak-cucu, menantu, cicit, etc.) dan juga sideline (suami-isteri, adik-beradik, yg x seibu sebapak, tiri, ipar-duai, biras ke dll.) sama ada masih hidup ataupun telah lama pergi. Untuk lebih menarik lagi, masukkan email msg2 yg berkenaan & upload photos menarik esp. masa muda rumaja dulu.

InsyaAllah, maklumat adalah confidential - boleh diaccess oleh kaum-kerabat yang tersenarai dlm senarai keluarga (individual family tree) terdekat aje.
Mudah2an dengan adanya 'family tree' ni dapat menjadi sumber rujukan utk kenal sedagho dgn lobih dokek. Amin.

Er, mohon diperpanjangkan juga kepada yg lain. Terima kasih.

Hanya Allah jualah yang mampu membalas...


Regards,
-rad-

No comments: