Salam,
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan,
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad SAW, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah SAW dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.
Sempena akan tibanya bulan Ramadhan yang tidak lama lagi saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah. Saya juga memohon dihalalkan semuanya.
Saya juga telah memaafkan saudara saudari dan telah menghalalkan segalanya.
“Ukhuwah & kasih sayang mukmin kepada saudaranya tidak diukur dengan kerapnya bersua, bukan dengan hangatnya rindu, tidak dengan manisnya cinta sahaja, bukan kerana selalu bersama…Tetapi lebih bermakna apabila ia disertai dengan doa yg sentiasa meniti di bibir mendoakan kesejahteraan saudaranya….”
“Semoga sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T”
Ikhlas,
-Kopipes oleh rad-
No comments:
Post a Comment