1. Sunday b4 raya – Sup Tulang Kerbau
Alkisahnya tulang kerbau tersebut telah dibeli di tepi jalan kek K*ta, R*mbau oleh kak L dlm perjalanan pulang ke kampong. Bukannya nak cerita pasal daging kerbau mati kena langgar (pun biasa punya kes ni- oleh penjual2 jahanam!) tapi berita jualan daging kerbau oleh Geng Sekolah saya itu telah awal2 lagi tersebar di mukabuku – itulah canggihnya teknologi kini.
2. Monday b4 raya – Rendang Daging Itik
Kembali atas permintaan ramai (er, one of my in-laws). Alkisahnya, pada pagi Syawal khabar diterima bahawa penternak itik tersebut telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah untuk beliau. Adapun mak yang pada kebiasaannya duduk di rumah sahaja menerima kunjungan tetamu di 1 Syawal telah meluangkan masa menziarahi jenazah. Masih terbayang2, kata kak T, arwah mengejar itik tersebut untuk ditangkap pada hari Sabtu yg baru berlalu. Apakah itu sebabnya rendang itik kurang laku tahun ini? Apa mungkin…?
Antara lauk istimewa mak ialah rendang itik letak bihun (sebelum kering kuahnya)! Macam pelik kan? Kau ado?
3. Monday b4 raya – Rendang Daging Lembu
Ada Pesta M*ntai Perdana di Stadium P*roi keesokan harinya. Menurut khabar yang diterima melalui udara, khususnya orang2 n9 sahaja yang wajib beli daging untuk persiapan raya. Biar ada berkilo2 ayam (atau itik), daging lembu mau tetap ada, sanggup berebut @ beratur lama untuk dapatkan bahagian daging masing2. Kata dj bertugas lagi, kalau awak jadi menantu tu, pandai2 lah belikan mak@pak mertua daging untuk ambil hati & beli jiwa…
Oh, selama ini saya ingatkan semua persiapan orang serupa walau di mana jua!
FYI, daging lembu sgt mahal semenjak dua menjak tiga menjak ( I *heart* N*bil) inflasi/kenaikan rega minyak, antara rm18-20 per kg. Mak beli daging 7 kilo & masak rendang guna rempah buatan mak sendiri – Pergh!! Sodap eh lak ai!!
Tapi saya makan sikit ajo..
4. Tuesday b4 raya – Rendang Ayam Kampong & Maman
Hari mantai, sambil lemang dibakar (bro3), bilik dicat (me&SIL#2), langsir ditukar (sis), semua kipas dicuci (nephews), rendang di dapur (mak&SIL#1), rumput dimesin (bro1) etc..Alhamdulillah, kerahan tenaga semua berjaya!
Kring! Kring!!
rad: E-lo..
Kak T: Ha, ko bagitau mak..@#$%^!!!!
rad: APO!!!?
Kak T: Kak T kek kodai ni ha…(pusat sembelihan & pemprosesan ayam), abih duo ekor ayam omak mati lomeh dalam plastik! (out of three!)
rad: La, camano boleh mati lak tu? Tak ponah2 jadi nih…tak sompek somolih lah yo?
…..
Mak! Oh mak!! Mano pulak den nak cari ayam buek pengganti nih…
P/s: Maman (sejenis daun sayur) pulak antara rm6-8 sekilo – mahalnya! Kalau org Pilah, maman dibuat jeruk aje. Kalau tak kena gaya memasak, pahit rasanya. Ada jugak maman padang tapi rasa tetap tak sama.
5. Wednesday, 1 Syawal – Soto/Bihun Sup Tulang Rusa
Scene masa menziarahi sanak-saudara:
Rad: Mano kak dapek daging ruso nih? (sambil: “Slurp! Slurp!” Yummeh!)
Kak N: Hish…ekau jangan cakap kuek2…kang donga eh kek anak bujang akak tu kang. Dio tak makan daging ruso ni!
Rad: Abih tu dio dah makan ko bolum nih?
Kak N: Hmmm…dah semangkuk di-lantak eh! Dio tak tau tu…kalau dio tau…
Hehehe!
P/s:
6. Kisah Daging Unta – Er, awak semua tunggulah raya korban lak.
7. Kisah Daging Pelanduk/Ayam Hutan – ada rezeki, sesekali dapek gak la meraso time2 ghayo!
2 comments:
Hi Rad, hope you had a nice hari raya.
By the way, ada senang drop by my place, bring pencil and paper, ha ha.
You have a nice day, Lee.
UL,
I really, really (need to emphasize that) enjoy my raya - who know - it might be my bestest celebration for years to come? Nothing can compared in terms of preparation, meeting of relatives from near & far (am famous nowadays due to Geni.com - family website), received angpows too (hehehe at the age of 33yo? Amazing eh?)...etc.
I'll drop you a line one of these days...I always hop-in, I always do but without a trace hopefully..
You take care too!
Post a Comment