Sunday, January 21, 2007

Cendawan busut


Exhibit 1:

Pengadu: Ayam Bapak
(klu Bapak Ayam lain pulak tak?)

Pesalah: Tuanku - Mak Teh
Bersama ini disertakan bahan bukti untuk menunjukkan kesan daripada kekerasan oleh pihak tuanku yang telah menyebabkan kakiku patah dan terpaksa berdiri sebelah kaki. Kecederaan dilaporkan agak serius sehingga menyebabkanku terpaksa berehat daripada tugas-tugas rasmi untuk tempoh terdekat ini. Dukacita dimaklumkan bahawasanya aku tidaklah berniat untuk mencatuk tuanku melainkan dengan niat untuk bergurau semata-mata. Sebelum kejadian, aku adalah ayam kesayangan beliau, dengan panggilan manja, “Paaakkkk…” Besarlah harapanku agar tuanku dapat bertanggungjawab dan tidak mengambil tindakan drastik seperti yang boleh dijangkakan kepada mana-mana ayam lain.

Cendawan busut
Selalunya dijumpai oleh insan-insan terpilih pada saat yang sesuai seperti selepas hujan panas. Adapun tempat penemuan tidaklan boleh diwar-warkan kepada orang lain demi untuk membolehkan berlakunya proses pengulangan kejadian. Seterusnya bolehlah dimasak lemak cili api ataupun paling kurang sekali, tumis air atau pun digoreng. Fuh, amatlah sodap!

P/s: Baru cerita pasal cendawan busut ni dengan mak, Jumaat lepas. Sewaktu perjalanan balik, di antara Pedas and Rembau nun, ada 2 gerai tepi jalan yang menggantung cendawan busut ini dengan banyaknya. Tak singgah belipun memandangkan dah beli oyster mushroom and malas nak patah balik (kenderaan berderet, terlajak dah..)
Mak merasa amatlah terkilan, “Apsal kau tak boli…”
Takde rezeki kali ni,insyaAllah next time.

When I dropped by my sis’s plc later this morning, guess what? They’re goin’ to have gulai cendawan today coz the hubby found them right balik dari qiam pagi tadi – itulah rezeki namanya….Since I’m in a hurry, I declined their offer of lunch…

Sebenarnya, kalau tak kena gaya boleh bawa mati gak makan cendawan ni –jenis kulat beracun. Remember drama lama di TV1 dulu2, Nasinya Tumpah, adaptasi dari cerpen oleh ???, di mana Marlia Musa berlakon sebagai kakak yang bertanggungjawab terhadap adik2 telah memarahi salah seorang adiknya kerana berebut lauk cendawan hingga nasi tumpah dan jatuh ke bawah rumah lalu dimakan oleh ayam (rumah kampung, lantai berlubang). Sedihnya apabila mak dan ayah mereka pulang dari berjualan, semua ayam bergelimpangan dan anak-anak mati kecuali seorang tu yang merajuk nasinya tumpah. Ha, rupa-rupanya cendawan tu dipungut dari ladang getah yang baru je disembur racun..

Now I’m worried, coz even my sis make joke just now on the phone – after cooking, she ate first (lil’ bit). Her hubby said, “Sape makan dulu, mati dulu..” She answered, “Sape makan banyak (the hubby) la mati dulu!”


BTW, another sis's cara untuk kejut anak solat subuh - Curah je air sebaldi! That was after jenuh kejut cara baik, panggil berulang-kali. Peduli apa tilam basah sekali. Ambik kau!
Kesian...

5 comments:

Idham said...

:) waz here....catching up ...hehehe
bukan nak catch ayam bapak...cuma nak ctach baca cerita rad yg lama2 tu.

cerito rayo tu best gak ...made me smile la jugak baca ...

:)

idham

idham

simah said...

pagi pagi dah buat orang gelak :0) dah dekat pukul 3 am kat sini.. nak tido zzzzzzzzzzzzz..:0)

rad said...

Abe Id,
I'm glad at least I made someone smile today...I'm sure you're not one of those bapak ayam eh?
Juz kidding la!

Simah,
Gelak is good for us- gelak byk2! hahahahahahahah..
Awat tido lewat na? Bukan ke nak kena bangun awal buat sarapan? Ke sebab ada can catch up day time?

dlt said...

Miss Rad, saya ada satu soklan nak tanya. Bab simbah air sebaldi kejut solat subuh tu applicable tak untuk hubby? hehe!
Ayam Bapak or bapak ayam? Ayam bapak maknanya bapak punya ayam la. Bapak ayam is ayam punya bapak. tul ker....???

rad said...

dlt,
Cuba la kalo berani? Sebab ada akibatnya maka tanggungsendiri hahahahah!
Bahaya power play ni, coz mungkin berlaku retaliation esp masa you takleh solat - amacam?